Wednesday, 16 March 2011

= aNjakan mUzIk mEtaL =




Tidak dapat dinafikan muzik metal telah wujud sejak awal '80an lagi, ianya terus berkembang dan gemilang. Namun begitu metal juga tidak dapat mengelak daripada mengalami zaman kejatuhan, tetapi ia hanyalah sementara. Para pejuang muzik metal tidak pernah jemu untuk terus mengangkat "metal" sebaris dengan irama muzik yang ada didunia. Justeru itu dalam ruangan ini saya utarakan mengenai sejarah kewujudan irama metal yang telah banyak mempengaruhi pemuzik pemuzik sekarang, kita juga dapat mengimbas kembali zaman awal kemunculan metal dipersada seni hinggalah ke hari ini.


Black Metal merujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Diantaranya adalah ia mencemuh semua ugama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keugamaan pagan.

Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh ugama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal. Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis ugama.

Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.
[sunting] Sejarah Black Metal.

inDie band..>>

Sunday, 13 March 2011

Liku-liKu mUzik underground,,!!!

Adalah diakui melalui perkembangan terkini seni muzik tanahair,muzik Indie atau muzik Underground mula dan sedang bertapak,melangkah sedikit demi sedikit memeriahkan suasana dunia industri hiburan tanahair yang sedang melalui zaman muramnya ini.Banyak Band-band Indie yang muncul memeriah dan memberi saingan pada Band-band mainstream yang sedia ada.Hujan,Meet Uncle Hussein,Estranged contohnya..mereka adalah Band yang boleh dikatakan berjaya menawan hati pendengar dengan aliran dan fahaman muzik yang dibawa.
Muzik Underground sebenarnya telah wujud di Negara ini sejak awal tahun 80an lagi,waktu itu pengaruh muzik barat yang keras iramanya seperti Trash,Heavy Metal,Death Metal,Alternatif dan Punk berjaya menarik minat anak muda masa itu,dan ianya merebak dengan cepat.Muzik-muzik yang sebegini dilihat sebagai anti-komersial dan non-mainstream.Dari wabak itu muncullah band-band Underground tempatan.Dan kehadiran mereka diterima dengan cepat oleh peminat muzik jenis ini.Sil Khannas contohnya berjaya menembusi dunia Mainstream tanahair dengan aliran muzik yang mereka bawa.

Friday, 11 March 2011

Perkembangan Muzik Rock Malaysia Sehingga 2009 -2011




Sejarah muzik aliran rock bermula di Malaysia adalah di sekitar 1978 - 1982. Dikenali dengan panggilan rock kapak. Ia merupakan era zaman rock yang berada dalam generasi pertama ataupun pencetus muzik rock. Muzik rock pada masa ini tidak terlalu keras dari segi irama dan liriknya penuh puitis. Di antara group2 yang mempelopori era ini adalah seperti Flybaits, Kembara, Carefree, Sweet September, Heavy Machine, Brain Connection dan banyak lagi.
1983 - 1993, zaman ini bolehlah dikatakan era muzik rock generasi kedua. Bermula dari Singapura, dengan group seperti Rusty Blade, Helter Skelter dan Sweet Charity, maka menularlah muzik rock ini ke selatan tanahair iaitu Johor. Di era inilah tercetusnya revolusi rock atau dipanggil era emas muzik rock di Malaysia. Daripada penubuhan kumpulan Search pada tahun 1981 sebagai pelopor muzik rock yang agak keras jika dibandingkan dengan era generasi pertama, maka muncullah beratus2 kumpulan rock di seluruh pelosok Malaysia. Diibaratkan hampir setiap hari pasti ada satu kumpulan rock yang akan menjual album di pasaran. Segala²nya berubah wajah, dari segi penampilan, peribadi hinggalah kepada pertuturan. Dari segi lirik lagu pula, lagu yang menjadi hits sudah tentu berkisarkan pada cinta, tetapi, rata², mereka juga banyak melahirkan bait² lirik tentang pergolakan yang berlaku di dunia serta perjuangan mereka dalam bidang seni. Cukup menarik jika didengari. Di zaman ini juga lahir beberapa pertandingan sehingga ke peringkat kebangsaan untuk penggemar muzik rock, khusus untuk kumpulan² ini menunjukkan kehebatan serta bakat masing². Di antaranya Juara Rock 1 & 2, Battle Of The Band 1 & 2, Clash Of The Band 1, 2 & 3, War Rock 1, 2, 3 & 4, Festival Rock, Hikayat Rock, Kumpulan Muzik Tenggara, Pancakara Di Cakarawala, Batu Batu Perjuangan, Rock Galactica, Hiburan Kingsway dan banyak lagi. Dengan adanya beberapa pertandingan ini juga telah menggalakkan lebih banyak kumpulan rock ditubuhkan. Imej rock agak tercalar seketika ketika kejadian amuk di Pesta Nibong Tebal, Pulau Pinang semasa pertandingan Battle Of The Bands 1 dan juga beberapa insiden yang berlaku di tapak² hiburan di seluruh tanahair. Rasanya tidak perlu disebutkan antara kumpulan² yang begitu gah di persada seni ketika era emas ini. Antaranya ialah Search, Wings, Lefhanded, BPR, May, Rusty Blade, Crossfire, Junction, Desire dan banyak lagi. Kegemilangan di zaman emas ini terus berkembang sehingga ke negara² jiran terutamanya Singapura dan Indonesia. Rockers² dari Singapura tidak kurang hebatnya dengan rata² mereka lebih gemar membawakan rentak metal dalam album mereka. Muda mudi di Indonesia juga begitu fanatik dengan muzik rock dari Malaysia sehingga artis² Indonesia sendiri tidak mampu untuk bertapak di sana. Tanyalah...siapa Search? Wings? May? Iklim? dan beberapa kumpulan lagi yang mencipta nama di Indonesia. Pasti mereka mengenalinya
sehingga hari ini. Sebaliknya, muncullah pemuzik rock
 Indonesiayang meniru aliran rock dari Malaysia.
 Kerana kegilaan rock di zaman ini telah mengundang segelintir pandangan² negatif dari pelbagai pihak, sehingga ke peringkat Kabinet. 1988, RTM mengharamkan rockers yang berambut panjang dan penampilan yang tidak kemas dari muncul di kaca TV dan juga lagu² mereka di gam dari disiarkan di Radio. RTM juga mensyaratkan supaya nama² kumpulan yang menggunakan bahasa inggeris agar ditukarkan kepada melayu. Semangat mereka tetap utuh. Satu²nya stesen swasta ketika itu adalah TV3. Mereka tidak terikat dengan syarat² RTM.Ianya tidak melunturkan rockers di era emas ini dari menghasilkan album kerana TV3 terus memberi sokongan. Pertandingan Juara Lagu juga banyak dipelopori oleh muzik rock. Lama kelamaan, rockers² ini tidak mampu untuk bertahan disebabkan tekanan terlalu hebat dari pihak kerajaan. Begitu juga dengan cetak rompak yang mula bertapak dalam bidang hiburan. Beransur², muzik rock era emas ini semakin lenyap sehinggalah di penghujung 1993.


Muzik Malaysia~~


Muzik pop

Persada muzik pop Malaysia berkembang dari muzik asli tradisional yang dipopularkan pada pada 1920-an dan 1930-an oleh rombongan Bangsawan, yang sebenarnya merupakan sejenis opera Malaysia yang dipengaruhi opera India yang mula-mulanya dikenali sebagai Wayang Pasir (Parsi) yang dimulakan oleh orang Parsi kaya-raya yang menetap di India. Rombongan ini memainkan ceritera dari pelbagai golongan budaya seperti orang India, Barat, Islam, Cina, Indonesia dan Melayu. Muzik, tarian, lakonan berkostum yang digunakan dalam persembahan bergantung kepada ceritera yang disampaikan. Pemuzik-pemuzik dalam rombongan ini kebanyakannya orang Melayu tempatan, orang Filipina dan orang Goa yang berasal dari India.
Antara lagu-lagu pop Melayu yang terawal ialah Tudung Periok yang dinyanyikan oleh Momo Latif yang merakamkan lagu itu pada tahun 1930. Pada 1950-an P.Ramlee menjadi penyanyi dan komposer Melayu paling popular dengan sebarian balada perlahan seperti AzizahDendang Perantau dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti yang amat diingati ramai.